Wednesday, January 13, 2010

Rizab Antarabangsa Malaysia Menjunam Paling Teruk

 Kedudukan kewangan Malaysia begitu goyah dengan rizab negara merosot teruk akibat pengaliran keluar modal asing sepanjang 12 bulan lalu, menurut laporan terbaru sebuah kumpulan kewangan berpengaruh.
UBS Investment Research, yang merangkumi kumpulan perbankan antarabangsa berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa.
Ahli politik tempatan khuatir, keadaan kewangan negara akan bertambah buruk dengan kehilangan lebih banyak pelaburan asing susulan serangan ke atas gereja dan sekolah mubaligh Kristian sejak minggu lalu.

Perbuatan khianat itu dicetuskan oleh petualang yang cuba menimbulkan provokasi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh sebuah penerbitan Kristian.

"UMNO Juara Rakyat" guna kanak-kanak sekolah




To' Penghulu : UMNO mempergunakan kanak-kanak sekolah bagi menampak seolah-olah rakyat bersama mereka dalam program Umno Juara Rakyat. Umno sekarang dah terdesak. Memalukan. Yang sahihnya, rakyat dah muak dengan umno. Najib terpedaya dengan lakonan orang bawahannya.kahkahkah

Sunday, January 10, 2010

TGNA lawat gereja Desa Melawati yang dibakar











To'Penghulu ahad lepas sempat mengiringi TGNA melawat gereja di Desa Melawati yang teruk kena bakar oleh puak-puak yang letak otak kat kepala lutut. Paderi gereja tersebut amat terharu atas sokongan TGNA yang sempat memberi sedikit sumbangan atas dasar simpati apa yag berlaku keatas gereja tersebut.




Wednesday, January 6, 2010

UMNO mahu jadi Juara Rakyat di Bukit Sentosa/Bukit Beruntung?

 Oleh: sunsnake08

" InsyaAllah, hujung mingu ini bersamaan 9 hb Januari 2010, Perdana Menteri Malaysia akan ‘turun’ ke Bandar Bukit Sentosa, Rawang.
Kali ini beliau akan turun sebagai Presiden UMNO bagi merasmikan program ‘UMNO, Juara Rakyat’ yang tidak pernah dibuatnya diadakan di kawasan Hulu Selangor ini.

Bagi saya, rakyat marhaen yang telah berpuluh tahun mendiami Bandar yang ‘usang’ ini amat besar ertinya kehadiran Perdana Menteri ke-5 ini memandangkan sejak dibuka rasanya belum pernah mana-mana Perdana Menteri Malaysia sudi menjengok-jengok ‘luar bandar’ ini. Istilah ‘luar bandar’ ini disebut oleh Ketua Penerangan UMNO tempoh hari. Malahan Perdana Menteri ke-4 sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke sini walaupun seringkali berulang ke Kilang Perodua merasmikan pelbagai acara disana! Ironinya, majoriti penduduk Bukit Sentosa / Bukit Beruntung ini adalah pekerja-pekerja Perodua!