Monday, November 30, 2009

Sah BTN alat propaganda UMNO


KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju merombak semula kurikulum Biro Tata Negara (BTN) supaya lebih inklusif dan tidak membelah bahagikan rakyat negara ini mengikut kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet beberapa minggu lalu dalam usaha memastikan kursus BTN tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja.

"Pada saya, kurikulum yang ada tidak selaras dengan apa yang Perdana Menteri mahukan dan jika kita bercakap berhubung integrasi kaum, tidak boleh hanya satu kaum yang menghadiri kursus itu, sebaliknya kaum lain juga dijemput," katanya di lobi Parlimen, hari ini. - Berita Harian

To'Penghulu : memang sah BTN alat UMNO. Maknanya, keputusan Kerajaan Selangor mengharamkan program BTN di negeri tersebut adalah bijak dan tepat. Cuma juak2 UMNO sahaja yang bermatian mempertahankan BTN. BTN tidak selari dengan hasrat Najib 1 Malaysia yang ingin mewujudkan 1Malaysia.

Anwar Gagal: Konspirasi diteruskan


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonan untuk menggugurkan pertuduhan liwat yang dikemukakan terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.

Mahkamah menetapkan 25 Januari hingga 25 Februari depan untuk perbicaraan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan , 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000


Read more: http://loveperak.blogspot.com/#ixzz0YPqOmuIu

Sunday, November 29, 2009

Buku panas! Negara 'hilang' RM100 Billion di bawah Pemerintahan Mahathir



Posted on Sunday, November 29 @ 00:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: amanlegend

"Oleh: Haji Banang

Sebuah buku, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times mendakwa Malaysia mengalami kerugian kewangan secara langsung berjumlah kira-kira RM50 billion sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahan Dr. Mahathir.

Jumlah itu bertambah sekali ganda jika diambil kira kerugian lain yang ditanggung, seperti pelupusan hutang tanpa rekod.

Berasaskan nilai pertukaran matawang, ‘kerugian’ RM100 billion itu bersamaan dengan AS$40 billion.

Buku itu, yang ditulis oleh bekas editor Asian Wall Street Journal, mendakwa kebanyakan kerugian berlaku pada sekitar tahun 1980-an dan antara penyebabnya ialah percubaan kerajaan untuk memanipulasi pasaran timah dan pertaruhan Bank Negara dalam pasaran matawang.

Penulis itu, yang kini menjadi penulis residen di the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore turut mendakwa Mahathir menggunakan sumber kewangan rahsia untuk membolehkan UMNO, yang diterajuinya ketika itu berkembang menjadi sebuah kolongmerat besar dengan pelaburan dalam setiap cabang ekonomi.

Sumber, Paradigma

Alahai Che Det


UMNO
By Dr. Mahathir Mohamad on November 30, 2009 12:07 PM | Permalink | Comments (0) | TrackBacks (0)

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.


4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Kisah Anak Katak-Ezam serang PAS pula


AKHBAR Sinar Harian melaporkan kenyataan raja sesumpah Ezam yang sebelum ini begitu lama menyepikan diri.

Kali ini raja sesumpah seperti sudah bosan untuk menghentam bekas sifunya DS Anwar setelah kali terakhir beliau menghentam seorang wanita iaitu DS Wan Azizah. Apabila DS Anwar dan DS Wan Azizah tidak berselera untuk menyahut cabaran bodoh dari Ezam, maka Ezam kini beralih pula kepada parti PAS sebuah parti yang dahulunya Ezam sanjung sebagai parti yang layak memerintah Selangor.

Akhbar Sinar mengeluarkan kenyataan raja sesumpah bahawa parti PAS bukan sempurna. Islam itu sempurna sedangkan Parti Islam adalah satu perkara yang lain dan tentunya tidak sempurna.

Saya sendiri tidak tahu semenjak bila kita mengatakan PAS itu sempurna dan bila pula kita menganggap bahawa PAS itu agama? Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS juga bukan maksum dan sudah tentu parti yang diterajuinya tidak sempurna. PAS adalah wadah untuk memperjuangkan Islam, manakala Umno pula wadah untuk memperjuangkan semangat kebangsaan. Jauh bezanya perjuangan kedua-dua parti ini dan raja sesumpah sanggup menyembah parti yang bersifat kebangsaan dan menentang parti yang memperjuangkan agama.

Oleh yang demikian, tidak hairan apabila Ezam sentiasa mencari kelemahan PAS untuk menghalalkan tindakannya menjilat ludah beliau untuk kembali bersekongkol dengan Umno yang suatu ketika beliau menganggap sesiapa yang menyertai Umno hanyalah untuk kebendaan.

Ezam kini tiada arah di dalam perjuangannya setelah terperangkap dengan kebijaksanaan Umno memerangkap beliau dengan umpan keduniaan. Beliau kini terpaksa mencari salah dan silap PAS setelah beliau gagal untuk meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap PKR.

Memang benar PAS tidak sempurna tetapi sehingga kini tidak seorang pun pemimpin PAS yang didapati terlibat dengan rasuah atau penyelewengan jauh sekali melakukan kezaliman terhadap rakyat. Bagaimana dengan parti yang dijunjung oleh Ezam? Kredibiliti Presiden Umno sendiri pun dipertikaikan dengan berbagai salah laku.

Rakyat sudah dapat menilai apa yang berlaku terhadap PAS cuma isu kepimpinan di peringkat dalaman dan bukan isu yang melibatkan kepentingan rakyat. Itu pun isu yang terlalu mudah akan dapat diselesaikan kerana kepimpinan PAS bukan seperti Umno. Umno berebut jawatan kerana inginkan kebendaan dan kepentingan sendiri, sedangkan PAS mahukan perubahan hanyalah untuk memperkuatkan perjuangan membela Islam dan rakyat. Sebagai contoh, apa yang berlaku di Kelantan amat menakjubkan kita. YB Husam Musa berkeras tidak mahu dicalonkan sebagai MB Kelantan, begitu juga dengan YB Nik Amar. Pernahkah ini berlaku dalam Umno?

Sekali lagi ingin kita nasihatkan Ezam agar berfikirlah dengan hati dan iman jika beliau masih beriman. Tanyalah pada diri Ezam sendiri, antara Umno dan PAS, manakah yang lebih baik dan telus? Jawablah dengan jujur dan jangan menipu diri sendiri. Jika beliau rasa malu dan segan untuk kembali bersama dengan rakyat untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan, sewajarnya beliau diam sahaja kerana apabila beliau bersuara menunjukkan bukti betapa kata-katanya dahulu memang benar bahawa `hanya mereka yang mahu kebendaan sahaja yang sanggup duduk dalam Umno'.

Sumber : WFAUZDIN NS
http://wfauzdin.blogspot.com

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Wednesday, November 25, 2009

Tahniah Datuk Takiyudin


Tahniah atas perlantikan Datuk Takiyudin Hasan sebagai Timbalan Setiausaha Agung PAS sebagaimana yang diumumkan. To' Penghulu melihat ini merupakan satu perkembangan yang baik bagi PAS. To' Penghulu memang meminati Datuk Takiyudin ini selain Dato' Husam Musa. Dua-duanya merupakan tokoh muda dari Kelantan yang diharapkan dapat mencorakkan pentadbiran PAS di Negeri Kelantan dengan lebih baik seandainya ketiadaan TGNA.

Tuesday, November 24, 2009

Kes saya dengan JAIS dah tiga tahun tak selesai-Akhil Hayy


Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

WALAUPUN kes penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy ditahan berceramah tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berlalu tiga tahun lalu, dia berkata sehingga sekarang kes itu bagaikan berkubur begitu sahaja.

"Kes saya tidak pernah disebut sehingga saya hubungi kawan-kawan. Mereka kata tidak ada apa-apa masalah dan Jais tidak tahu nak dakwa apa..

"Jadi, saya nasihatkan janganlah susahkan insan-insan seperti kami yang nak berdakwah ini. Cukup-cukuplah, pergilah ke tempat-tempat maksiat yang cukup banyak. Bila disuruh ke tempat maksiat, mereka katatak cukup kakitangan.

"Sehingga sekarang saya perlu mengadap JAIS dahulu sebelum memberikan ceramah kerana sudah mengikut ‘standard’ mereka. Tapi saya hargai pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana saya mendapat kerjasama yang baik dengan mereka.

"Tidak lama lagi, saya dan Astro akan bekerjasama dengan Jawi untuk melakukan sebuah program tetapi tidak boleh dimaklumkan lagi kerana masih dalam perbincangan," ujarnya ketika dihubungi.

Ini kerana baru-baru ini pihak Jais pernah mendakwa yang ‘ustaz rock’ itu pernah ditahan atas kesalahan melanggar Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 di bawah Seksyen 119 (1) kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Seksyen 8, Shah Alam.

Malah, Jais juga tidak pernah mengeluarkan sebarang tauliah terhadap Akhil untuk menjalankan sebarang aktiviti ceramah atau khutbah agama di negeri itu.

Isu tauliah penceramah agama hangat diperkatakan baru-baru ini apabila Bahagian Penguatkuasaan JAIS menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Taman Seri Ukay, Hulu Klang pada 1 November lalu.

Justeru, Akhil sempat meluahkan harapannya agar enakmen tauliah yang dikuatkuasakandi negeri Selangor sebelum ini dibubarkan.

"Saya ditahan oleh Jais dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat semasa hendak memberikan ceramah di sebuah surau baru diTaman Puncak Alam, Seri Kembangan. Mereka (JAIS) buat saya seperti penjenayah.

"Mereka dakwa saya dan belum dibuktikan saya bersalah. Belum tentu juga saya bersalah kerana itu baru dakwaan. Jadi orang buat spekulasi sedangkan orang tak tahu sebab-musabab saya ditahan.

"Mereka tidak tahu yang mengajar agama di Selangor perlu ada tauliah, sebaliknya lebih memfokuskan saya ditahan oleh Jais danpolis. Jadi ia memberikan reputasi buruk kepada maklumat dan pandangan orang ramai.

"Jadi, kalau rasa enakmen ini perlu dibubarkan, kita bubarkanlah dan perhatikanlah orang yang betul-betul perlu ditahan. Kalau ditahan, apa hujahnya..adakah ajarannya sesat, menyeleweng akidah dan sebagainya," katanya lagi.

Bekas vokalis kumpulan D’ Riyadh ini bercerita yang dia terkejut dengan penahanannya sebelum ini kerana turut serta dalam majlis itu adalah Datuk Ismail Khamus dan bekas Mufti Selangor Allahyarham DatukIshak Baharom.

"Allahyarham Datuk Ishak pun pernah dilarang untuk memberi ceramah di negeri Selangor setelah beliau tidak menjadi mufti..sama seperti bekas Mufti Perlis Dr Asri.

"Kalau seseorang yang dikenali itu boleh memberikan sesuatu kepada masyarakat dan diundang untuk menyampaikan ceramah di surau baru untuk menarik orang ramai, jadi saya tiada masalah untuk itu.

"Apabila saya tiba di sana , sudah ada dua buah van JAIS dan kereta peronda polis. Saya hanya bersalam dengan mereka dan ingatkan mereka mahu turut serta dalam ceramah itu. Rupa-rupanya, ada isu lain.

"Masalahnya, apabila kita pergi atas permintaan orang...bayangkan bekas mufti tak boleh beri ceramah di negeri sendiri..Saya tak tahu apa agenda sebenar JAIS.

"Anak-anak kecil dan ibu-ibu yang hendak mendengar ceramah dan mungkin ada anak-anak yang baru hendak mengenal pentas masjid dansurau serta berdampingan dengan ustaz yang mereka senangi...bayangkan tiba-tiba Jais dan polis bawa penceramah ini ke balai polis. Apa moralitinya yang sebenar?

"Jadi, adakah Datuk Ismail Khamus sesat, adakah Datuk Harun Din sesat, adakah Datuk Nik Aziz sesat termasuk Allahyarham Datuk Ishak Baharom sesat..," ceritanya.

Akhil turut mempersoalkan di mana kewibawaan untuk menghapuskan ajaran sesat sedangkan enakmen untuk mendapatkan tauliah itu turut menghalang ‘orang yang tidak sepatutnya’ dipersoalkan tauliahnya.

"Negeri Selangor yang buat enakmen seperti itu. Negeri lain pun nak jaga ajaran sesat juga, tetapi tiada enakmen seperti itu. Jadi, janganlah tahan orang yang nak beri ceramah ini dalam masjid dan surau.

"Kalau kita nak beri ajaran sesat, kita beri ceramah di tempat gelap atau di rumah-rumah. Saya sudah 15 tahun berdakwah, nak berkongsi ilmu di tempat terang.

"Kononnya enakmen ini digunakan untuk mengawal penularan ajaran sesat dan diakui perkara itu perlu tetapi tidakkah ada budi bicara apabila mereka lihat tokoh agama mengajar...yang akhirnya ditahan dengan polis dan disoal siasat bagaikan penjenayah.

"Jangan ‘double standard’ kan perkara ini. Jangan sebab kita ada kuasa, kita hendak menghukum orang yang baru hendak mengenal orang ramai ini untuk berkongsi ilmu yang berdasarkan hadis.

"Orang juga hendak tahu tentang agama berdasarkan pengalaman seorang penyanyi," ujar suami bekas penyanyi dan pelakon Waheeda ini.

Akhil turut mencadangkan agar tauliah agama bukan sahaja perlu dimohon oleh penceramah malah mana-mana ahli politik.

"Misalnya, kalau nak tauliah, minta tauliah agama kepada ahli politik sekali kerana setiap percakapan mereka dalam dewan parlimen dan di mana-mana merupakan dakwah," akhirinya.

Monday, November 23, 2009

Rumah siapa ni?









Inilah rumah bakal calon UBN , Mukhriz Mahathir.

Sunday, November 22, 2009

UMNO tak ada T_ _ _ _ _



Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan ceramahnya di Kulai, Johor malam tadi ekoran bantahan Pemuda Umno.

Anwar dalam kenyataannya menyebut ekoran bantahan kira-kira 30 ahli Pemuda Umno polis daerah menarik balik permit yang telah pun dikeluarkan.

Turut dijadual berucap bersama Anwar ialah bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng yang menyertai PKR pertengahan tahun ini.

"Ceramah saya dan Datuk Chua Jui Meng di Kulai terpaksa dibatalkan kerana permit yang telah pun dikeluarkan, ditarik balik selepas mendapat bantahan dari kira-kira 30 orang pemuda Umno. Hanya Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sempat berceramah," katanya.

Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang di Parlimen menambah, alasan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah ternyata tidak masuk akal.

"Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran Umno, maka ia akan dibatalkan?

"Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat sekitar 10 minit kepada hadirin sebelum mereka bersurai.

"Tidak wajar polis mengikut telunjuk Umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap," kata Anwar.


BERITA AWAL

BERITA DARI JOHOR: UMNO BERTINDAK BANGSAT (Bt 31 Kg Ayer Manis Kulai)

Nampaknya UMNO Johor semakin terdesak, sepanjang malam semalam kami AMK Johor terpaksa berjaga sepanjang malam akibat perangai KEJI UMNO, mereka membuat operasi menggantung benner yg tertulis dengan perkataan dan ayat kotor dengan niat ingin mensabotaj Program PKR yg bakal berlagsung esok. AMK johor keseluruhannya telah menurunkan hampir 30 benner yg digantung oleh PEMUDA balaci UMNgOk ni.

Namun dengan semangat tabah dan menghoramati tatasusila politik di negara Malaysia ini, AMK Johor mangambill keputusan utk tidak membuat kacau di dalam sepanjang urusan mereka mengantung benner tersebut.

AMK Johor bertindak menurunkan semua benner tersebut setelah semua PEMUDA balaci UMNgOk ini selesai memasangnya.

Namun AMK Johor berbesar hati menyerahkan semula benner ini semua kepada mereka jika mereka mahu. Kepada PEMUDA balaci UMNgok kalu kamu anak meLAYU?!! bole datang ke Kem AMK untuk ambil semula semua benner2 tersebut.

Malam ini sekali lagi kami AMK johor akan berjaga utk memastikan kerja terkutuk UMNgOk haram jadah ni dapat di kawal.

Mereka juga dijangka akan menggerakkan 1 demostrasi BODOH membantah lokasi program PKR yg dijadualkan esok. Ternyata mereka cukup takut dengan gelombang yg bakal menhanyutkan mereka di Johor ini. Lokasi yg dimaksudkan adalah tanah milik individu seluas 6 ekar yg bakal di gunakan utk program ceramah pada malam selepas selesai Konvensyen PKR Johor esok.

AMK Johor juga akan berdepan dengan demonstrasi bodoh UMNgOk pada esok hari. Kami akan terus BERJUANG..UMNO.!!mari kita berentap dengan adat dan tatasusila politik..

Apabila pengishtiharan perang dilaungkan, kami akan LAWAN, bila kami LAWAN, kami akan LAWAN sampai MENANG…

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Ketua Penerangan AMK Cabang Batu Pahat

Thursday, November 19, 2009

TG Nik Aziz dan DSAI Antara Tokoh Muslim Malaysia Paling Berpengaruh Di Dunia


The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Wednesday, November 18, 2009


Lagi pertemuan dalam terang telah diadakan antara pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dengan pimpinan Umno.

Dan inilah juga yang dikatakan politik. Dalam politik tidak ada kawan yang kekal dan tiada siapa yang menjadi musuh selamanya. Menjadi ahli politik yang jujur dalam memperjuangkan falsafah perjuangan demi kehendak majoriti rakyat, adakalanya dapat mempertemukan dua titik yang sebelum ini renggang seolah olah bermusuh. Begitulah sebaliknya.

Aku bukan pengkagum Anwar, hanya pendokong gagasan Ketuanan Rakyat yang gah diperjuangkan PR. Namun, kematangan DS Anwar dalam menggerakkan sesuatu isu memang tidak dinafikan. Tindakan pro-aktifnya bakal menggerakkan massa bagi mengatasi isu hangat pertelingkahan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan negeri Kelantan berkenaan isu royalti minyak ini.

Kali ini pertemuan terang benderang itu diketuai oleh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim dengan disertai oleh Ahli Parlimen Machang dari PKR Saifuddin Nasution, Salahuddin Ayub (Kubang Kerian-PAS) dan Tian Chua (Batu-PKR). Pertemuan itu diadakan dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah semalam di bangunan Parlimen kira-kira 30 minit.

Cadangan yang dikemukakan PR supaya Ku Li mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan dikira satu cadangan yang tepat. Ku Li anak raja Kelantan, pernah terlibat dalam "urusan minyak" sejak penubuhan Petronas serta terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.

Dari segi politiknya, Umno khususnya BN pasti terpinga pinga sekiranya persefahaman antara pimpinan PR dengan Ku Li dicapai. Walaupun masih jauh dari harapan, penyertaan Ku Li sebagai pengerusi kaukus royalti minyak Kelantan ini diharap dapat membentuk satu suasana politik negara yang lebih selesa. Sama samalah kita berdoa.

Tanya JAIS, perlu tak tauliah?






Aktiviti macam ni nak perlu tauliah ke? Yang pasti aktiviti macam ni dibiar berleluasa. Ulamak nak sebar risalah Allah, ditahan macam pengganas. Apa nak jadi negara ni? Rosak anak bangsa.

Tuesday, November 17, 2009

Tahniah kepada Senator Syed Husin Ali!



DUN Selangor hari ini mencalonkan Dr. Syed Husin Ali, bekas pensyarah UM sebagai Senator bagi mewakili negeri tersebut. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.

Selain daripada Syed Husin, S. Ramakrishnan dari DAP turut dicalonkan. Diharap kedua-dua tokoh ini akan menyemarakkan lagi perdebatan di dalam Dewan Negara.

Syed Husin yang pernah ditahan ISA selama enam tahun ekoran daripada tindakan kerajaan Malaysia untuk membunuh gerakan mahasiswa. Dr. Syed Husin pernah menjadi Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Kini beliau adalah Timbalan Presiden kepada Parti KEadilan Rakyat (PKR).

Corruption Perception Index (CPI) Malaysia terus jatuh



Sementara Singapura menduduki tangga ketiga ranking country’s ranking on the corruption perception index (CPI)...Malaysia terus meleset ke tangga 56, lebih buruk ketika Pak Lah jadi PM iaitu di tangga ke 47. Survey dilakukan ke atas 180 buah negara. Apa dah jadi ni? SPRM mengamalkan pendakwaan terpilih masalahnya.

Tergadaikah prinsip Anwar hanya minum teh tarik dengan Najib 1Malaysia?


Anwar minum teh tarik dengan Najib 1Malaysia di parlimen. Berlawan ideologi dan prinsip tak semestinya tak boleh duduk semeja. Lawan tetap lawan Dato' Seri.

Mana Mufti Perak?



Mufti Perak yang bijak sana tu, sila beri pandangan dan fatwa anda sikit. Bagaimana boleh benda ni berada dikawasan melayu/islam? Di harapkan semoga kawasan majoriti Melayu yang berhampiran iaitu Kg Sg Rapat dibebaskan segera daripada pengaruh penjualan arak yang menjadi ibu kepada segala maksiat.

Kabornya Penduduk Melayu di Kg Sg Rapat, Kg Rapat Jaya dan Kg Rapat Jaya Tambahan di Ipoh, Perak yang terletak hanya dibelakang pejabat pemasaran arak ini menggunakan laluan dihadapan pejabat tersebut setiap hari untuk ke pusat bandar. Hari-hari ler deme bau arak yer.

Hanya Anwar layak jadi PM - Zaid

“Saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti.”

Demikian jelas Datuk Zaid Ibrahim (gambar) sambil meminta para penyokong dan peminat Anwar agar tidak bimbang dengan pandangannya baru-baru ini bahawa Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat wajar diberi peluang mengetuai PR apabila didaftarkan secara rasmi kelak.

“Bila saya mencadangkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dilantik ketua Pakatan Rakyat, riuh-rendah kedengaran suara menyokong dan menentang.

“Ramai yang memberi pendapat mereka. Ada pula yang menuduh kononnya ini strategi saya nak jadi ketua Pakatan. “Kata mereka saya tak hormat Anwar Ibrahim apabila membuat cadangan ini. Nampaknya masih ada yang tak faham atau pura-pura tak faham,” tulis Zaid dalam blognya hari ini.

PR dijadual mengadakan konvensyen khas 19 Disember ini.

Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun ini menambah, premis utama syornya ialah “kita perlu kepada seorang spiritual leader sama saperti Mahatma Gandhi sewaktu zaman India memperjuangkan kemerdekaan dahulu.”

Beliau kini bercuti selama enam bulan daripada Biro Politik PKR.

“Kita tahu pemimpin seperti itu diperlukan untuk menerajui gerakan Pakatan. Pemimpin politik biasa, walau bagaimana hebat dan handal sekali pun, tidak akan cukup kuat untuk melawan gergasi Barisan Nasional.

“Yang saya maksudkan sebagai pemimpin spiritual ini adalah seorang pemimpin yang tidak ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri atau apa-apa jawatan besar,” kata beliau sambil menambah, personaliti yang sesuai dilihat ialah Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Jadi bila saya toleh kiri dan kanan dan saya lihat hanya Tok Guru Nik Aziz ada kelayakan tersebut.

“Beliau diterima oleh semua kaum dan agama. Maka saya terus mencadangkannya kerana saya berpendapat hanya apabila kita letak pertarungan Pakatan melawan BN atas perjuangan spiritual melawan kuasa yang rakus dan rasuah, barulah rakyat akan bersemangat dan bangkit bersuara untuk memihak kepada kita,” katanya.

Jelas Zaid, soal jawatan Perdana Menteri terserah kepada wakil-wakil rakyat PR apabila mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan baru.

Justeru, katanya, ia akan menjadi perkara mudah kerana Nik Aziz pun tahu dan bersedia menerima orang lain yang lebih sesuai untuk menjadi Perdana Menteri.

“Cadangan saya ini juga sama seperti dengan kedudukan Pengerusi Parti Buruh atau Konservatif di United Kingdom yang tidak pernah pun menjadi Perdana Menteri. Tugas mereka adalah menjaga perpaduan dan kekukuhan parti.

“Saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti. Jadi penyokong dan peminat Anwar Ibrahim tak usahlah bimbang,” katanya lagi.



Read more: http://loveperak.blogspot.com/2009/11/hanya-anwar-ibrahim-layak-jadi-pm-zaid.html#ixzz0X91SsoZR

Siap kau Najib

Monday, November 16, 2009

15 Ribu Pemuda UMNO Kelantan demo TGNA



Kah kah kah..kelakarnya. Mana yang lain?

Cerita Bukit Botak




TS Khalid mendedahkan skandal projek Bukit Botak selayang yang telah mencecah hampir 23 tahun , 4 orang MB. Tapi tak selesai selesai. Buktinya jelas kerajaan BN mempermainkan rakyat. Tapi itulah yang didendangkan oleh Subahan Kamal, Adun Taman templer semasa berkempen dalam pilihanraya 2008 sehinggakan ada yang terpedaya dan beliau menang dengan majoriri sekitar 600-700 undi sahaja. Kalau bukan kerana beliau menjanjikan penyelesaian Bukit Botak , beliau dah kalah sebab rakyat kawasan selayang khususnya di Selayang Baru dah meluat dan menyampah dengan janji-janji kosong Dato' Ahmad Bhari, mantan Adun Templer. Dengan bukti yang TS Khalid dedahkan, moga2 rakyat khususnya setinggan Bukit Botak sedar siapa yang bersalah dan memperbodohkan mereka. BN atau PR?

Anwar tak tahu pasal ekonomi-Tun Mahathir


Anwar tak tau pasal ekonomi. Demikian Tun M berkata. Benarkah Tun? Sape pulak yang melantik Anwar jadi TPM merangkap Menteri Kewangan selama hampir 8 tahun? Bukankah kamu. Kalau Anwar tak tau ekonomi kenapa kamu melantik dia? Sudah sudah lah Tun M. Baik kamu duduk kat masjid, buat amal . Lagi baik. Umurpun peringkat kubur kata mari. Anwar termasuk senarai 10 manusia berpengaruh di dunia.Satu pengiktirafan dunia kepada dia. Kamu ? Di negara sendiri kamu di cerca dan dikutuk kerana penganiayaan kamu kepada anwar. Sudahlah Tun M.

Sunday, November 15, 2009

TS Khalid dah pandai ceramah, buat lawak


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Tan Sri Muhammad Muhd Taib - bekas menteri besar Umno - mengakui bahawa perubahan dan kepimpinannya yang membuat reformasi di Selangor, menyukarkan parti itu untuk menguasai semula negeri itu.

Khalid yang juga pengerusi PKR negeri mendakwa Mat Taib telah berjumpa dengannya beberapa hari sebelum konvenshyen ini berlangsung.

"Dua tiga hari yang lepas, Tan Sri Muhd Taib datang jumpa saya, dia kata 'Khalid kalau macam ini habis lah kita'.

"Kalau macam ini, bekas menteri besar itu kata, 'wah dalam masa 20 tahun kami memerintah, dalam masa 20 bulan kamu boleh tunjukkan keupayaan PKR. Ini satu penghormatan kepada kita," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung konvensyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam petang ini.

Muhammad Muhd Taib menjadi menteri besar Selangor selama 11 tahun mulai 1986.

Dalam pertemuan itu, beliau mendakwa Muhd Taib (kanan) mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar di negeri itu.

"Tapi kita kata nanti dulu. Saudara tahu tentang reformasi atau tidak. Kalau saudara tidak faham tentang reformasi, nanti saya susah. Kalau orang dalam tidak reti, tambah lagi orang luar," katanya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 500 perwakilan.

Dalam ucapannya juga, Khalid juga turut menyentuh mengenai perletakkan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytiharkan keluar daripada PKR dan menjadi 'mesra BN' akhir bulan lalu.

Katanya, tindakan Badrul Hisham itu tidak melemahkan parti itu untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Badrul bila lompat di Pelabuhan Klang, macam kita hilang satu parti. Ia tidak ada kena mengena. Dia hilang pun kita tak tahu. Kita pun tak kisah dia hilang.

"Hendak hilang, hilanglah tak jadi masalah. Itu kekuatan kita. Yang jadi masalah orang yang belah sana... Kalau (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo rasa Badrul adalah kawannya, tahap dia (pun) macam Badrullah," katanya mengundang gelak ketawa hadirin sekali lagi.

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak turut menyentuh kejayaan Pakatan Rakyat mengurus dan mentadbir Selangor dalam usaha untuk merakyatkan ekonomi negeri itu.

Katanya, kejayaan membawa perubahan dalam negeri Selangor telah mendapat pujian rakan dan lawan bahawa PKR dan Pakatan Rakyat boleh mentadbir negeri ini, hasil usaha bekerja dalam satu pasukan.

"Sokongan menggembirakan daripada rakyat, dan mereka merasakan kita sebahagian daripada mereka.

"Sokongan daripada DAP dan PAS, walaupun ada soal-soal yang cuba melagakan kita, cuba menimbulkan keadaan yang tak tenteram, tetapi kita dapat bekerja dalam satu pasukan," katanya.

Khalid berkata, kejayaan PKR dalam melakukan reformasi di negeri itu akan lebih nyata sekiranya dapat bekerja dalam satu pasukan.



Dipetik dari loveperak.blogspot.com/

Hipokritnya Pemimpin UMNO






Dulu pi noreh getah di Manek Urai, sekarang pi naik motor ronda-ronda kampung. Alahai UMNO, hipokritnya kamu.

Patutlah kaya giler mamat ni


Dulu semasa 1Malaysia heboh dengan isu Istana bekas Doktor gigi ni yang berharga RM24Juta sahaja, Bekas Doktor gigi ini telah bersungguh-sungguh menafikan bahawa Istananya itu berharga RM3Juta sahaja.

Dan Istana itu dikatakan olehnya dibeli melalui pinjaman Bank yang bulanannya dibayar melalui keuntungan hasil dari menjadi doktor gigi yang berjumlah RM60,000 sebulan.

Padahal banyak rupanya projek Khir Toyo ni semasa menjadi MB Selangor dulu.. antaranya ialah yang telah didedahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Sekarang dibawah..

Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan satu lagi dokumen yang menunjukkan mantan Menteri Besar Khir Toyo (Gambar) meluluskan projek perhutanan semula yang gagal mendatangkan pulangan kepada negeri itu tetapi memberi keuntungan lumayan kepada syarikat yang menerima tender berkenaan.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor mengikat perjanjian berat sebelah membabitkan 11,000 hektar tanah dengan syarikat yang mempunyai beberapa tokoh Umno sebagai pengarah.

Antara mereka ialah bekas Menteri Pertanian Sanusi Junid, dan bekas Exco Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Pahlil.

Khalid menggunakan peruntukan sekysen 2C untuk mendedahkan dokumen berkenaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk mendedahkan penyelewengan yang berlaku bersabitt Projek Perhutanan Semula oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Ini merupakan pendedahan kedua Pakatan Rakyat untuk memberi gambaran sepenuhnya 4 projek perhutanan semula di beberapa kawasan hutan simpan di Selangor sekitar 2001 hingga 2007.

Seluas 11,000 hektar kawasan hutan simpan terbabit dalam projek perhutanan semula berkenaan ialah Hutan Simpan Bukit Tarek dan Rantau Panjang (Fasa I) dan Hutan Simpan Sungai Jeloh dan Bukit Belata (Fasa II).

Khir Toyo telah mewar-warkan bahawa projek itu aakan membawa pulangan RM800 juta untuk kerajaan negeri dalam tempoh 20 tahun.

Bagaimanapun, hasil keuntungan yang diraih kerajaan negeri hanya RM500,000.
“Sejumlah lebih daripada 5,000 hektar hutan telah dibuka dan hutan di Bukit Tarek dan Rantau Panjang, Hutan Simpan Jeloh dan Bukit Belata dan syarikat-syarikat yang telah diberikan hutan ini,” .

Beliau berkata projek perhutanan itu berlaku sejak 10 tahun lalu dikepalai mantan Menteri Besar, Datuk Khir Toyo.

Empat lagi projek perhutanan terbabit melibatkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan memajakkan tanah konsesinya kepada beberapa syarikat selama 25 hingga 50 tahun.

Tan Sri Khalid berkata, projek Khir Toyo ini juga turut mengusahakan taman herba untuk tujuan farmasi manakala projek perhutanan semula pula diusahakan dengan tanaman bernilai komersil iaitu pokok getah dan teakwood.

“Dia nak gantikan hutan ni dengan pokok getah dan setengahnya pula tak pernah tahu tanam pokok getah kerana mereka tidak berkemampuan untuk menanam getah, jadi benih getah tu umpamanya daripada kajian ini, kalau Guthrie buat benih getah, harga 2 ringgit, tapi dia dapat benih getah harga 25 ringgit”, katanya lagi.

Dalam fasa I, didapati semua penjanjian antara syarikat pemajak dan PKPS adalah berat sebelah apabila tanggungjawab diletakkan ke atas PKPS manakala margin keuntungan pula rendah.

Antara tujuh syarikat yang terbabit dalam Fasa I ialah Shrader Forest Management Sdn Bhd, Syarikat In-N-Out Plantation Management Sdn Bhd, Syarikat Megafores Nursery Sdn Bhd, Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd, Syarikat Eco Murni Sdn Bhd, Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd dan Syarikat Tropical Position Sdn Bhd.

Bagi Fasa II pula, sebanyak 4 syarikat terbabit iaitu Meigrand Sdn Bhd, Sim Swee Hin Sdn Bhd, Aliran Angsana Sdn Bhd dan Kinta Istimewa Sdn Bhd.

Patutlah Khir Toyo ni boleh bina Istana...

Jangan Ganggu Selangor-DSAI


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya.

To'Penghulu - Teruskan Dato' Seri. Kami bersama perjuanganmu. Mahathir, Pak Lah pun kata lawan, nikan pula SiNajib bibir merah tu.auuuuuuuw

Saturday, November 14, 2009

Cerita Runtuh lagi






Kalau sebelum ni banyak yang kita dengar pasal runtuh sana , runtuh sini. kalau di Terengganu stadium yang baru setahun jagung dah runtuh, di perak jambatan yg baru 2 minggu siap runtuh dan mengorbankan 3 pelajar sekolah yang menyertai kem 1Malaysia Najib. Ada juga bumbung makmal komputer sekolah runtuh, ada kipas syiling sekolah runtuh jugak.Di rawang dan batu caves , lain pulak cerita tanah pulak runtuh akibat banjir. Terkini di Perak , tembok batu atau pagar batu di bangunan SUK Perak jugak. hai... berapa banyak runtuh da...Cuma satu lagi kita nak dengar. Kerajaan BN runtuhhhhh. Bila agak ek?

Friday, November 13, 2009

Tahniah Anwar


TS Khalid telah mengumumkan perlantikan DSAI sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dengan elaun sebanyak RM100,000 sebulan...eh silap RM1,000 sebulan.Ehh bukanlah...RM1 sebulan. Biar betul. Tahniah Dsai atas keikhlasan Dsai. Kalau zaman BN dulu sudah pasti ini bukanlah nilainya kalau diangkat menjadi Penasihat ekonomi. Kalau Penasihat Agama PM pun mendapat gaji setaraf Menteri..inikan pula penasihat ekonomi. Tapi selama ini To' Penghulu yakin dan percaya, ini bukanlah apa yg Dsai cari selama ini. To' Penggulu yakin, Dsai akan membawa pembaharuan kepada negeri Selangor dan rakyat Selangor khasnya bergandingan dengan TS Khalid.

Thursday, November 12, 2009

Tahniah YB.Zul atas kemurnian peribadi anda


Salam 2 all.

Saya mengambil sikap menganggap isu saya dan YB Siva sebagai sudah selesai setelah dua perkara berlaku:

1. Kenyataan terbuka DSAI sendiri yang menegaskan bahawa kenyataan beliau menegur pemimpin PKR tidak dituju khusus kepada saya dan kenyataan YB Siva adalah satu kesilapan tafsiran.

2. YB Siva sendiri telah berjumpa dengan saya dan menyatakan kesilapan tafsiran tersebut dan akur dengan kenyataan DSAI.

Sebagai seorang Islam, saya sekadar mahu perkara yang sebenarnya ditegakkan. Dan kita mengambil sikap kalau orang sudah mengakui kesilapan dan mencari penyelesaian yang ma'ruf, apa salahnya kita memaafkan. Kita mempunyai perjuangan lebih besar dan saya tidak mahu perkara saperti ini menganggu agenda perjuangan yang lebih penting.


Sekian wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
24 Zulqaedah 1430

Wednesday, November 11, 2009

Banjir Kilat di Batu Caves




To'Penghulu dan teman-teman lain menyinsing lengan membantu mangsa-mangsa banjir kilat di Batu Caves pada 7 Nov lalu. Hampir 400 buah rumah terlibat. Paginya 8 nov , To' Penghulu sempat hadir ke pejabat daerah Gombak dalam mesyuarat J/Kuasa Bencana Alam Daerah Gombak. Kali ini banjir memang teruk. Air paras pinggang. Mengikut maklumat, disamping hujan turun agak lebat dari biasa, pihak empangan Batu juga dikhabarkan melepas air agar tidak berlaku apa-apa kejadian buruk keatas empangan Batu.

Pemimpin BN Didahulukan...Rakyat Di Pinggirkan



Lihat dan bezakan antara mahligai pemimpin UMNO/Bn dan rakyat kebanyakan. Yang besar macam mahligai tu milik Khir Toyo , manakala yang dah nak runtuh tu milik rakyat bawahan di kawasan Parlimen Pekan..kawasan Najib. Sedihhhh..