Thursday, November 5, 2009

Politik Baru..........a??

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak suara-suara yang melahirkan rasa kurang senang ahli-ahli parti terhadap rakan-rakan dan teman-teman pimpinan dalam parti yang di angkat menjadi Ahli majlis PBT. Dakwa mereka ..ramai yang diangkat itu bersikap lebih sudu dari kuah...kata orang paku serpih kata orang dia pulak yang lebih-lebih. 2 x 5, 5 x 2...serupa jugak macam UMNO. Dulu marah UMNO makan rasuah dan pikir projek jer...tapi sekarang ni dah ada kuasa dia pulak macam perangai UMNO. Dulu kata nak berjuang dalam parti ini kerana nak menentang perangai buruk UMNO..tapi sekarang perjuangan entah kemana. Yang pasti perjuangan untuk membesarkan perut sendiri. Sudah la tak nak bantu teman-teman lain...nak makan sendiri-sendiri.
Lebih malang lagi ada pimpinan tinggi di peringkat Cabang seolah-olah merestui perangai macam ni. Segala-gala projek diberi kat mamat kroni dia. Ini cerita satu cabang kat Selangor ni yang hebat la kononnya kerana ketua cabang dia orang kuat di pusat. Asyik-asyik mamat sorang ni la yang dapat. cerita ni dah tersebar. akibatnya ramai pendokong parti yang dah lama berjuang dalam parti merajuk dan menghilangkan diri. buat hal masing-masing. yang kenyang mamat ni gak la.
Kalau macam ni la gayanya...tak mustahil Allah akan tarik balik kemenangan yang kita kecapi ni. Pada pemimpin tertingi parti yang kononnya mewar-warkan kita mengamalkan politik baru...hentikanlah sikap hipokrit kita. bukan salah DSAI..tapi kita dibawah nilah yang terikut-ikut nafsu dan perangai UMNO. Fikir-fikirkanlah... jangan sampai rakyat meluat dan menyampah sebagaimana mereka memilih kita kerana mereka meluat dan menyampah dengan UMNo dan BN.

No comments:

Post a Comment