Friday, November 6, 2009

UMNO Daulatkan Islam??



2 keping gambar bukti bagaimana ADUN PR berbangsa cina menghadiri jamuan buka puasa umat islam. Zaman BN dulu ada ke suasana macam ni? YB.Hannah Yeoh dan YB.Gwo Burne

Itulah hujah Abg Mat dalam ceramah-ceramah beliau sekarang ini. Punyalah teruk serangan pada DAP di Selangor ni, sampai dah terlupa semua betapa nyamannya sausana dakwah di bawah DAP berbanding UMNO satu masa dahulu.

Masa Khir dan UMNO mentadbir Selangor:
a. Mufti dipecat dan diaibkan.
b. Masjid di huru harakan dengan melakukan rampasan kuasa bersama bantuan gangster.
c. Penceramah-penceramah tersohor digam dan ditangkap.
d. Polis digunakan untuk menghalang ceramah dari pimpinan2 PAS seperti Tok Guru Nik Aziz.
e. Duit zakat diberikan untuk pertandingan golf.
f. Tazkirah Ramadhan di “ban” sama sekali.
g. Masjid-masjid dipaksa untuk melakukan 20 rakaat terawih bagi menghalang tazkirah.
h. Suasana ramadhan jauh lebih meriah di bawah pemerintahan DAP berbanding bawah umno. Malahan sebusuk2 Pairin, beliau tak pernah campur tangan pentadbiran MAISabah.
i. Program dakwah jauh lebih semarak di bawah DAP sampai forum perdana sudah boleh diadakan kembali di Stadium. Masa bawah UMNO mana boleh terutamanya lepas 1999.
j. Bawah UMNO ada pemimpin UMNO yang ditangkap khalwat, tapi kes dipendam. Orang kat Selayang tahu kes ini. Kertas pertuduhan tu pernah tersebar satu masa dahulu.
k. Ceramah2 dalam rumah persendirian ni bermula zaman UMNO memerintah kerana masjid2 dan surau2 ditutup dari menjalankan program dakwah.

Itulah faktanya. Puak2 yang kuat mengata Pakatan Rakyat kat Selangor ni BUKALAH MATA KAMU. Bukan jauh benar pun, bandinglah bulan posa 2007 dengan bulan posa 2009. Jauh lebih meriah tahun ini.

To' Penghulu- benar sangatlah hujah Abg Mat tu. dulu masa zamana umno, bukak puasa dan tarawikh di masjid..alahai sedihnya. tapi zaman PR ni cukup meriah suasananya. sampaikan masa tarawikh hampir separuh masjid penuh sampai ke akhir. tak berganjak jemaahnya. lagi-lagi kalau yg sampaikan tazkirah ramadan ustaz nya mengancam.pasti ramai.

No comments:

Post a Comment