Bukan satu yang rahsia 'Majlis Keselamatan Negara' di Selangor yang dianggotai SPR, SPRM, Polis dan beberapa agensi kerajaan lagi terlibat membincangkan bagaimana menjatuhkan Kerajaan PAKATAN di Selangor. Ia telah didedahkan tetapi tiada penafian yang konkrit dari pihak terbabit. Bn Selangor yang dipimpin oleh Najib sendiri setelah menyedari kelemahan dan ketamakan Khir Toyo tidak langsung berselindung dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Selangor.
Terbaru ialah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor yang melakukan tindakan yang bercanggah dengan polisi dan dasar Kerajaan Selangor. Tangkapan terhadap Dr. Asri, bekas Mufti Perlis secara jelas mengikut telunjuk politik, malah penguat kuasa JAIS yang terlibat dalam operasi tangkapan tersebut juga panik. Berdasarkan kenyataan media YB Zuraidah yang berada di tempat kejadian secara jelas pegawai JAIS terlibat tidak dapat menjelaskan tindakan mereka sebaliknya asyik menelefon 'pihak tertentu' untuk mendapat arahan lanjut.
Sebaik sahaja tangkapan dibuat blog - blog pro Umno (baca: upahan Umno) telah bersungguh - sungguh melakukan 'spin' dengan menyalahkan Kerajaan Negeri kerana tangkapan tersebut, sedangkan kita sendiri tahu sememangnya negeri Pakatan Rakyat berdepan masalah dengan agensi kerajaan seperti jabatan agama yang lebih mengikut telunjuk kerajaan pusat.
Namun bagi cheGuBard, Tan Sri Khalid Ibrahim harus melihat perkembangan ini dengan serius. 'Kepala' JAIS harus dipanggil dan diminta memberikan penjelasan wajar. Jika gagal tindakan serius harus diambil termasuk memecat. Atas mandat rakyat Menteri Besar harus mempersembahkan secara terbuka kepada DYMM Sultan Selangor mengenai perkara ini.
Agen - agen Umno yang berlegar dalam agensi penting kerajaan harus dibuang segera. Menteri Besar dan barisan Exconya seharusnya bertindak tegas dan berani. Mereka harus menggunakan peluang ini untuk keluar dari imej 'lambat' yang sering di label oleh pihak tertentu.
Contoh lain Menteri Besar seharusnya melihat juga agensi seperti Yayasan Selangor yang menjadi tempat berkubang 'agen-agen' Umno..... Malah dilaporkan kakitangan pro Kerajaan Negeri telah 'dianak tiri' di beberapa agensi seperti ini.
Dalam perkembangan lain, Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Hassan Ali seharusnya bertanggung jawab dengan tampil ke depan menjelaskan pendedahan beberapa blog (pro Pakatan Rakyat dan pro Umno) yang mendedahkan hubungan beliau dengan Umno.
Blog Umno-Reform.com secara jelas menyebut beliau terlibat mempergunakan GERAK (ngo anti rasuah yang ditubuhkan Ezam) untuk menyerang Menteri Besar. Blog PerisikRakyat.com secara jelas menyebut beliau dan beberapa pemimpin PAS lagi terlibat berjumpa dengan pemimpin Umno dan blogger Umno dengan mendedahkan perkara yang sepatutnya dirahsiakan. Jika tidak mampu memberikan penjelasan, maka tidak perlu diambil tindakan seharusnya dengan maruah Dr. Hassan Ali sewajarnya meletakkan jawatan apabila tindakan menjadi duri dalam daging terdedah.
Menteri Besar juga seharusnya dengan berani mengakui kesilapan - kesilapan kecil sebelum ini dan bersama dengan kerangka besar KEADILAN serta PAKATAN untuk memacu Selangor. Isu seperti pengurusan pasir harus diakui kelemahan dan perlu diperbetul segera untuk mengelakkan ia menjadi barah. Tidak dinafikan jika dibezakan dengan kerajaan lalu dibawah Bn, Kerajaan Selangor di bawah PAKATAN ini lebih baik namun sedarilah hakikatnya harapan rakyat adalah lebih dari itu.
Selaku pemimpin parti komponen PAKATAN, selaku aktivis gerakan reformasi sejak 1998 dan selaku rakyat amat besar harapan untuk melihat kejayaan kerajaan Selangor di bawah PAKATAN.
Selangor sewajarnya membawa agenda besar demokrasi memperkasa kuasa rakyat. Contohnya dalam perkara mengembalikan undi ke tiga rakyat, Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Selangor seharusnya bergerak kepada perkembangan yang lebih konstruktif ke arah itu. Pembayar cukai seharusnya berhak memilih siapa ahli majlis yang layak menguruskan cukai mereka. Namun 'kita' kelihatan mula seronok memilih orang 'kita' untuk menduduki tanpa melalui proses kembali kepada rakyat. Jangan nanti kita dilihat melawan sementara kita masih belum ada kuasa dan bila ada kuasa kita seronok dengan kuasa yang ada. Mengenbalikan semula kepada rakyat akan secara tidak lansung menyelesaikan isu pertelagahan dalam pemilihan ahli majlis.
Ayuh lihat semula manifesto yang memenangkan kita adakah kita menjanjikan merampas barang jualan dalam pilihanraya lepas atau memperkasakan hak rakyat. Lihat kembali deklarasi yang ditandatangani seperti deklarasi Barisan Rakyat yang berjaya mengembeling banyak NGO dan NGI teralibat memenangkan kita.
Jangan kuatir bertindak tegas dan hilang satu dua kerusi, sampah yang tidak mahu bekerja dan menjadi agen Umno atau ingin kaya cepat melalui jawatan harus dieksport terus ke dalam Bn. Biarlah Bn mengutip semua wakil rakyat yang rasuah, bermasalah dan malas membuat kerja ia adalah satu proses positif yang akan dinilai rakyat.
oleh chegubard, ahli MPP KEADILAN
Thursday, November 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment