Wednesday, January 13, 2010

Rizab Antarabangsa Malaysia Menjunam Paling Teruk

 Kedudukan kewangan Malaysia begitu goyah dengan rizab negara merosot teruk akibat pengaliran keluar modal asing sepanjang 12 bulan lalu, menurut laporan terbaru sebuah kumpulan kewangan berpengaruh.
UBS Investment Research, yang merangkumi kumpulan perbankan antarabangsa berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa.
Ahli politik tempatan khuatir, keadaan kewangan negara akan bertambah buruk dengan kehilangan lebih banyak pelaburan asing susulan serangan ke atas gereja dan sekolah mubaligh Kristian sejak minggu lalu.

Perbuatan khianat itu dicetuskan oleh petualang yang cuba menimbulkan provokasi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh sebuah penerbitan Kristian.

"UMNO Juara Rakyat" guna kanak-kanak sekolah




To' Penghulu : UMNO mempergunakan kanak-kanak sekolah bagi menampak seolah-olah rakyat bersama mereka dalam program Umno Juara Rakyat. Umno sekarang dah terdesak. Memalukan. Yang sahihnya, rakyat dah muak dengan umno. Najib terpedaya dengan lakonan orang bawahannya.kahkahkah

Sunday, January 10, 2010

TGNA lawat gereja Desa Melawati yang dibakar











To'Penghulu ahad lepas sempat mengiringi TGNA melawat gereja di Desa Melawati yang teruk kena bakar oleh puak-puak yang letak otak kat kepala lutut. Paderi gereja tersebut amat terharu atas sokongan TGNA yang sempat memberi sedikit sumbangan atas dasar simpati apa yag berlaku keatas gereja tersebut.




Wednesday, January 6, 2010

UMNO mahu jadi Juara Rakyat di Bukit Sentosa/Bukit Beruntung?

 Oleh: sunsnake08

" InsyaAllah, hujung mingu ini bersamaan 9 hb Januari 2010, Perdana Menteri Malaysia akan ‘turun’ ke Bandar Bukit Sentosa, Rawang.
Kali ini beliau akan turun sebagai Presiden UMNO bagi merasmikan program ‘UMNO, Juara Rakyat’ yang tidak pernah dibuatnya diadakan di kawasan Hulu Selangor ini.

Bagi saya, rakyat marhaen yang telah berpuluh tahun mendiami Bandar yang ‘usang’ ini amat besar ertinya kehadiran Perdana Menteri ke-5 ini memandangkan sejak dibuka rasanya belum pernah mana-mana Perdana Menteri Malaysia sudi menjengok-jengok ‘luar bandar’ ini. Istilah ‘luar bandar’ ini disebut oleh Ketua Penerangan UMNO tempoh hari. Malahan Perdana Menteri ke-4 sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke sini walaupun seringkali berulang ke Kilang Perodua merasmikan pelbagai acara disana! Ironinya, majoriti penduduk Bukit Sentosa / Bukit Beruntung ini adalah pekerja-pekerja Perodua!

Thursday, December 31, 2009

2 kali 5

Merujuk Sinar Harian, Edisi Terengganu, mukasurat N7 hari ini(1 Januari 2010), bertajuk "BUKAN SALAH SAYA:NAZRI". Pergerakan Wanita UMNO mendesak Nazri Aziz letak jawatan kerana ketidakhadiran wakil rakyat2 UMNO dalam sidang parlimen 14 Disember lalu ketika pengundian meluluskan Bajet 2010. Jawapan beliau mudah sahaja, "Bukan saya yang patut lepaskan jawatan, tetapi wakil rakyat yang tidak hadir perlu letak jawatan dan memohon maaf." Beliau juga menuduh wanita UMNO tidak faham bidang tugas.

WANITA UMNO BODOH "Tindakan mereka kurang bijak. Mereka tidak faham tugas saya sebagai individu bertanggungjawab terhadap kerajaan bukannya parti. Sekiranya tidak faham, jangan bercakap dan bertindak seperti orang bodoh."

AHLI PARLIMEN UMNO PERLU LETAK JAWATAN "Saya tidak bersalah dalam hal ini dan yang patut disarankan letak jawatan bukannya saya, sebaliknya wakil rakyat yang tidak hadir di parlimen, itu adalah tanggungjawab mereka sebagai Ahli Parlimen." katanya.

To'Penghulu : 2 kali 5, 5 kali 2. sama jer

Tuesday, December 29, 2009

Hi-Tea Anak Perak diPerantauan Bersama DSAI


Anak-anak Perak yang berada disekitar Lembah Kelang khasnya, jangan lepas peluang bertemu dengan DSAI dan pimpinan Keadilan Perak sempena Majlis Sepetang Anak-anak Perak diPerantauan Bersama DSAI . Tempat, tarikh dan masa seperti berikut :


Tarikh : 9 Januari 2010

Tempat : Dewan Bankuet STC, Batu 7, Pekan Batu Caves Lama,

Batu Caves.

Masa : 3 petang

Anjuran : Kelab Anak Perak diPerantauan (KAPP)
Harga Tiket : RM10.00

Contact No : 014-6283881


Moh semua anak-anak Perak. Kita sokong Keadilan Perak rampas semula Perak dari Kerajaan Haram BN di Perak.

Zambry ditahan dari masuk Amerika kerana disyaki pengganas


Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Haram Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.
To' Penghulu : Buat malu oghang Perak jer yop. Memang ada ghaye pengganas kot. Tu ler pase..tunjuk hero sangat kat oghang Perak sampai Amerika pun menyampah yop.