Merujuk Sinar Harian, Edisi Terengganu, mukasurat N7 hari ini(1 Januari 2010), bertajuk "BUKAN SALAH SAYA:NAZRI". Pergerakan Wanita UMNO mendesak Nazri Aziz letak jawatan kerana ketidakhadiran wakil rakyat2 UMNO dalam sidang parlimen 14 Disember lalu ketika pengundian meluluskan Bajet 2010. Jawapan beliau mudah sahaja, "Bukan saya yang patut lepaskan jawatan, tetapi wakil rakyat yang tidak hadir perlu letak jawatan dan memohon maaf." Beliau juga menuduh wanita UMNO tidak faham bidang tugas.
WANITA UMNO BODOH "Tindakan mereka kurang bijak. Mereka tidak faham tugas saya sebagai individu bertanggungjawab terhadap kerajaan bukannya parti. Sekiranya tidak faham, jangan bercakap dan bertindak seperti orang bodoh."
AHLI PARLIMEN UMNO PERLU LETAK JAWATAN "Saya tidak bersalah dalam hal ini dan yang patut disarankan letak jawatan bukannya saya, sebaliknya wakil rakyat yang tidak hadir di parlimen, itu adalah tanggungjawab mereka sebagai Ahli Parlimen." katanya.
To'Penghulu : 2 kali 5, 5 kali 2. sama jer
Thursday, December 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment