Oleh: mohdnoorawang
"Rakyat negeri Johor dibawah menteri besar Datuk Ghani Othman (umno/bn) bakal mendapat air percuma Januari 2010. Syarikat Air Johor (SAJ) akan memperkenalkan rebet air percuma kepada keluarga miskin tegas dan miskin seluruh penduduk negeri Johor.
Penduduk miskin tegar diberi air percuma atau rebet sehingga 20 meter pada atau RM12. Bagi yang penduduk yang miskin dapat air percuma atau rebet 19 meter padu atau RM4. Keputusan memberi air percuma diluluskan dalam pembentangan bajet 2010 dalam persidangan dewan undangan negeri Johor November 2009.
Peliknya tiada pandangan yang negatif, pandangan bodoh, pandangan bangang dari pengampu wakil rakyat Umno peringkat negeri dan pusat. Tiada pandangan atau hujah yang menentang dari cerdik pandai bodoh dari menara gading dan penganalisa politik pengampu Umno kaedah rebet air yang bakal diperkenalkan oleh Ghani Othman.
Satu negara gembar dan mempertikai kaedah rebet atau memberi air percuma yang di buat oleh kerajaan Negeri Selangor oleh menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim, negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat. Seluruh pengampu umno, pemimpin Umno peringkat tertinggi dan jkkk, semua akhbar arus perdana, semua stesen tv milik umno, penganalisa politik murahan, ahli akedemik di menara gading, ahli perniagaan dan individu menyerang dan mempertikaikan rebet air percuma kepada rakyat Selangor. Jelas semua pembodek murahan dan pembodek murahan hanya menyalak hanya untuk kepentingan diri pangkat dan kepentingan politik perut.
Jelas apa yang dibuat oleh kerajaan Selangor dan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah satu "homework" demi untuk rakyat, yang mana rakyat didahulukan. Tidak seperti pemimpin umno politik perut dan ada wang masuk adalah keutamaannya. Dengan ini jelas negeri Johor tiru negeri Selangor. Terimakaseh Umno Johor dan Ghani Othman memberi reber air pada rakyat miskin.
To' Penghulu : Syabas TSKI .Nyata apa yang kamu buat di Selangor memang hebat sampaikan negeri dibawah UBN pun terikut-ikut. Mana pula geng yang dulu bantah tindakan TSKI. Kalau UBN buat semuanya baik, kalau PR buat ada saja yang buruk di mata.
Saturday, December 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment