Selangor Dedah Projek Perhutanan Khir Toyo Untungkan Syarikat Kroni
Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan satu lagi dokumen yang menunjukkan mantan Menteri Besar Khir Toyo (Gambar) meluluskan projek perhutanan semula yang gagal mendatangkan pulangan kepada negeri itu tetapi memberi keuntungan lumayan kepada syarikat yang menerima tender berkenaan.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor mengikat perjanjian berat sebelah membabitkan 11,000 hektar tanah dengan syarikat yang mempunyai beberapa tokoh Umno sebagai pengarah.
Antara mereka ialah bekas Menteri Pertanian Sanusi Junid, dan bekas Exco Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Palil.
Khalid menggunakan peruntukan sekysen 2C untuk mendedahkan dokumen berkenaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk mendedahkan penyelewengan yang berlaku bersabitt Projek Perhutanan Semula oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Ini merupakan pendedahan kedua Pakatan Rakyat untuk memberi gambaran sepenuhnya 4 projek perhutanan semula di beberapa kawasan hutan simpan di Selangor sekitar 2001 hingga 2007.
Seluas 11,000 hektar kawasan hutan simpan terbabit dalam projek perhutanan semula berkenaan ialah Hutan Simpan Bukit Tarek dan Rantau Panjang (Fasa I) dan Hutan Simpan Sungai Jeloh dan Bukit Belata (Fasa II).
Khir Toyo telah mewar-warkan bahawa projek itu aakan membawa pulangan RM800 juta untuk kerajaan negeri dalam tempoh 20 tahun.
Bagaimanapun, hasil keuntungan yang diraih kerajaan negeri hanya RM500,000.
“Sejumlah lebih daripada 5,000 hektar hutan telah dibuka dan hutan di Bukit Tarek dan Rantau Panjang, Hutan Simpan Jeloh dan Bukit Belata dan syarikat-syarikat yang telah diberikan hutan ini,” .
Beliau berkata projek perhutanan itu berlaku sejak 10 tahun lalu dikepalai mantan Menteri Besar, Datuk Khir Toyo.
Empat lagi projek perhutanan terbabit melibatkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan memajakkan tanah konsesinya kepada beberapa syarikat selama 25 hingga 50 tahun.
Tan Sri Khalid berkata, projek Khir Toyo ini juga turut mengusahakan taman herba untuk tujuan farmasi manakala projek perhutanan semula pula diusahakan dengan tanaman bernilai komersil iaitu pokok getah dan teakwood.
“Dia nak gantikan hutan ni dengan pokok getah dan setengahnya pula tak pernah tahu tanam pokok getah kerana mereka tidak berkemampuan untuk menanam getah, jadi benih getah tu umpamanya daripada kajian ini, kalau Guthrie buat benih getah, harga 2 ringgit, tapi dia dapat benih getah harga 25 ringgit”, katanya lagi.
Dalam fasa I, didapati semua penjanjian antara syarikat pemajak dan PKPS adalah berat sebelah apabila tanggungjawab diletakkan ke atas PKPS manakala margin keuntungan pula rendah.
Antara tujuh syarikat yang terbabit dalam Fasa I ialah Shrader Forest Management Sdn Bhd, Syarikat In-N-Out Plantation Management Sdn Bhd, Syarikat Megafores Nursery Sdn Bhd, Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd, Syarikat Eco Murni Sdn Bhd, Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd dan Syarikat Tropical Position Sdn Bhd.
Bagi Fasa II pula, sebanyak 4 syarikat terbabit iaitu Meigrand Sdn Bhd, Sim Swee Hin Sdn Bhd, Aliran Angsana Sdn Bhd dan Kinta Istimewa Sdn Bhd /
To' Penghulu : Memang dasar UMNO kaki penipu. Puak2 yang gambar kat bawah ni cakap jangan jadi bodoh macam lembu, Yang pasti mereka memang bodoh macam lembu sebab kena tipu dek pemimpin mereka sendiri. Ahli UMNO biasa dapat ciput tapi pemimpin UMNO makan tak habis 7 keturunan. Siapa yang bodoh macam lembu. Alahai ahli UMNO.....kesian.
Wednesday, December 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment