Sunday, December 6, 2009

Cerita panas Perak


Ada 2 cerita To' Penghulu nak berkongsi maklumat dengan teman-teman. Pertama nya, dalam pertemuan dengan Mustaffa Kamil Ayub tempoh hari, beliau maklumkan bahawa kemungkinan besar DUN Perak akan dibubarkan pada Januari 2010. Menurut beliau lagi, ini kerana MB Haram Zambry bukanlah dari kem Najib 1Malaysia. Itu sebab utama Najib 1Malaysia nak sangat DUN Perak dibubarkan bagi mennyah singkirkan Zambry. Zambry khabarnya dari Kem KJ yang juga akan disingkir oleh Najib 1Malaysia. Itu berita yang sikit sebanyak mengembirakan kita penyokong PR. Apa yang tak syoknya, khabarnya hampir 100,000 pengundi baru telah dibawa masuk ke Perak. Mereka ini datangnya dari kawasan-kawasan sempadan Perak-Selangor, Perak-Kedah dan kawasan-kawasan berhampiran. Ini yang mengerunkan kita. So, marilah kita sama-sama kuatkan PR Perak bagi menghadapi serangan UBN. Tapi, percayalah, mereka merancang, Allah juga merancang.
Cerita kedua, To; Penghulu nak berkongsi ialah, baru-baru ni berpeluang ke Pulau Pangkor, Kebetulan pula MB Haram Zambry balik kawasan bagi merasmikan satu acara antarabangsa di situ. Sempat berbual dengan beberapa pengusaha chalet disitu, yang mengejutkan ialah dikatakan pihak Berjaya Group telah berjaya 'memilik' Pangkor Laut setelah diperkenankan oleh S....n Perak. Dengan kata lain sekarang ni, Pangkor Laut telah dibeli oleh Berjaya Group. Berjaya Group pada asalnya nak membeli keseluruhan pulau, tapi atas bantahan penduduk , rancangan itu hanya berjaya memilik sebahagian pulau pangkor sahaja. Yang pasti akan mati ialah, pengusaha-pengusaha pelancongan bumiputera . Mana dia puak-puak UBN yang kata nak perjuangkan nasib anak melayu? Kenapa membisu dalam soal ini. Dulu Nizar beri geran tanah kepada orang-orang cina walaupun luasnya tak seberapa, heboh satu malaysia kononnya Nizar jaga orang-orang cina. Sekarang bukan tanah tapi satu pulau diberi kepada tokey cina. Ada sesiapa boleh mengesahkan kesahihan berita ini?

No comments:

Post a Comment