Tuesday, December 1, 2009

Ayuh mereka yang bernama Anak Perak







Malam tadi bertempat di Dewan MPS Taman Seri Gombak, To' Penghulu bersama beberapa rakan menghadiri pertemuan bersama Pengerusi MPN Parti KeAdilan Rakyat yang baru, Sdr.Mustaffa Kamil Ayub.selain mendengar taklimat terkini mengenai politik Perak, pertemuan juga adalah bertujuan untuk mewujudkan satu badan atau NGO yang matlamatnya untuk membantu PKR Perak yang keadaannnya agak layu dan terkebelakang sikit dari rakan-rakan PR lain iaitu DAP dan PAS. Badan tersebut yang dinamakan Kelab Anak Perak diPerantauan atau KAPP telah dengan rasminya diwujudkan malam tadi dengan wujudnya Jawatankuasa Ad-hoc. To'Penghulu sendiri dilantik menjadi Ketua Penerangan. Oleh itu, To' Penghulu merayu semua anak-anak Perak diperantauan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang menyokong Keadilan@PKR , ayuh ramai-ramai kita sertai kelab ini bagi menaikkan gelombang tsunami kebangkitan PKR di Negeri tumpah tanah kita Perak Darul Ridzuan. Jangan biar kita terleka dek kenikmatan yang kita perolehi diperantauan ini , hingga lupa masalah negeri kelahiran kita. Kita nak PKR Perak bangkit dibawah pimpinan PKR Perak yang baru. Kita yakin dibawah pimpinan Sdr.Mustaffa Kamil Ayub mampu dan berupaya menaikkan kegemilangan PKR di Perak. Ayuh semua....

Anak Perak yang ingin menyertai KAPP boleh menghubungi saya di talian 014-6283881 atau menghubungi Pengerusi Ad-hoc KAPP Sdr.Mohd Zulkifli 013-6738980 atau S/Usaha KAPP Puan Rosinah 012-3055 856.

No comments:

Post a Comment