Thursday, December 31, 2009

2 kali 5

Merujuk Sinar Harian, Edisi Terengganu, mukasurat N7 hari ini(1 Januari 2010), bertajuk "BUKAN SALAH SAYA:NAZRI". Pergerakan Wanita UMNO mendesak Nazri Aziz letak jawatan kerana ketidakhadiran wakil rakyat2 UMNO dalam sidang parlimen 14 Disember lalu ketika pengundian meluluskan Bajet 2010. Jawapan beliau mudah sahaja, "Bukan saya yang patut lepaskan jawatan, tetapi wakil rakyat yang tidak hadir perlu letak jawatan dan memohon maaf." Beliau juga menuduh wanita UMNO tidak faham bidang tugas.

WANITA UMNO BODOH "Tindakan mereka kurang bijak. Mereka tidak faham tugas saya sebagai individu bertanggungjawab terhadap kerajaan bukannya parti. Sekiranya tidak faham, jangan bercakap dan bertindak seperti orang bodoh."

AHLI PARLIMEN UMNO PERLU LETAK JAWATAN "Saya tidak bersalah dalam hal ini dan yang patut disarankan letak jawatan bukannya saya, sebaliknya wakil rakyat yang tidak hadir di parlimen, itu adalah tanggungjawab mereka sebagai Ahli Parlimen." katanya.

To'Penghulu : 2 kali 5, 5 kali 2. sama jer

Tuesday, December 29, 2009

Hi-Tea Anak Perak diPerantauan Bersama DSAI


Anak-anak Perak yang berada disekitar Lembah Kelang khasnya, jangan lepas peluang bertemu dengan DSAI dan pimpinan Keadilan Perak sempena Majlis Sepetang Anak-anak Perak diPerantauan Bersama DSAI . Tempat, tarikh dan masa seperti berikut :


Tarikh : 9 Januari 2010

Tempat : Dewan Bankuet STC, Batu 7, Pekan Batu Caves Lama,

Batu Caves.

Masa : 3 petang

Anjuran : Kelab Anak Perak diPerantauan (KAPP)
Harga Tiket : RM10.00

Contact No : 014-6283881


Moh semua anak-anak Perak. Kita sokong Keadilan Perak rampas semula Perak dari Kerajaan Haram BN di Perak.

Zambry ditahan dari masuk Amerika kerana disyaki pengganas


Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Haram Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.
To' Penghulu : Buat malu oghang Perak jer yop. Memang ada ghaye pengganas kot. Tu ler pase..tunjuk hero sangat kat oghang Perak sampai Amerika pun menyampah yop.

Tuesday, December 22, 2009


To' Penghulu agak lama tak update blog sebab bercuti bersama keluarga. ambil peluang cuti lama ini bersama isteri dan anak-anak. jarang bersama anak-anak menyebabkan mereka agak bising sebab To' asyik keje walaupun sabtu dan ahad. Maklum lah To' bekerja dengan orang politik. cuti ke tak cuti sama saja.

Yusuf Qardhawi pertahan Anwar

Yusuf Qardhawi Rujuk Penangguhan Kes Qazaf Anwar Ibrahim Ke Perhatian Dunia Islam Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie. Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat. “Hingga ini kes itu kata syeikh qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya datuk seri anwar terbela. “Dari segi syarak dan digerakkan wadah-wadah antarabangsa seperti kesatuan ulama islam sedunia, dan juga untuk di kemukakan dengan lebih luas untuk sama-sama bekerjasama menyelesaikan kes fitnah anwar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi pertemuan khas Yusuf bersama Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam. Menurut Dr Muhammad Nur lagi sekiranya kes qazaf yang difailkan Anwar pada Julai 2008 terus dilengahkan ini akan menjejaskan imej serta martabat Malaysia di mata ummah. Ini kerana keadilan yang ditangguhkan adalah satu bentuk kezaliman, dan seorang Muslim berhak untuk membela diri di muka pengadilan. “Pendirian Syeikh Qardawi begitu tegas, dan hendaklah mengikut prinsip al-quran dan sunnah dengan menggunakan prosedur-prosedur. “Anwar mempunyai hak syarak untuk mempertahankan dirinya bagi menjawab tuduhan fitnah yang tidak berasas ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berkata Sheikh Al-Qaradawi berasa hairan mengapa pemerintah melengah-lengahkan kes qazaf tersebut. Zulkifli berkata KEADILAN akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk membincangkan kemelut Qazaf ini. “Dia juga nasihatkan bawa isu ini ke pringkat pentas antarabangsa, isu ini besar kerana membabitkan orang yang dikenali, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali di pentas antarabangsa sebagai tokoh pejuang Islam, macamana boleh dikenakan pertuduhan sebegitu rupa, sepatutnya tak dilengah-lengahkan,” katanya. –ATIQAH YAACOB Sumber, TVSelangor

Monday, December 14, 2009

Syabas Malaysia


Malaysia 3 Laos 1
To' Penghulu : Tahniah Malaysia mara ke akhir Bolasepak Sukan SEA setelah sekian lama kempunan. Lawan Malaysia di akhir nanti Vietnam yang mengalahkan Singapura. Dalam perlawanan kumpulan, Malaysia tewas kepada Vietnam 1-3. So, macam mana akhir nanti ? Apapun tahniah dan selamat berjaya di akhir nanti.


Saturday, December 12, 2009

Negeri Johor UMNO Tiru Negeri Selangor Pakatan Rakyat

Oleh: mohdnoorawang

"Rakyat negeri Johor dibawah menteri besar Datuk Ghani Othman (umno/bn) bakal mendapat air percuma Januari 2010. Syarikat Air Johor (SAJ) akan memperkenalkan rebet air percuma kepada keluarga miskin tegas dan miskin seluruh penduduk negeri Johor.

Penduduk miskin tegar diberi air percuma atau rebet sehingga 20 meter pada atau RM12. Bagi yang penduduk yang miskin dapat air percuma atau rebet 19 meter padu atau RM4. Keputusan memberi air percuma diluluskan dalam pembentangan bajet 2010 dalam persidangan dewan undangan negeri Johor November 2009.

Peliknya tiada pandangan yang negatif, pandangan bodoh, pandangan bangang dari pengampu wakil rakyat Umno peringkat negeri dan pusat. Tiada pandangan atau hujah yang menentang dari cerdik pandai bodoh dari menara gading dan penganalisa politik pengampu Umno kaedah rebet air yang bakal diperkenalkan oleh Ghani Othman.

Satu negara gembar dan mempertikai kaedah rebet atau memberi air percuma yang di buat oleh kerajaan Negeri Selangor oleh menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim, negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat. Seluruh pengampu umno, pemimpin Umno peringkat tertinggi dan jkkk, semua akhbar arus perdana, semua stesen tv milik umno, penganalisa politik murahan, ahli akedemik di menara gading, ahli perniagaan dan individu menyerang dan mempertikaikan rebet air percuma kepada rakyat Selangor. Jelas semua pembodek murahan dan pembodek murahan hanya menyalak hanya untuk kepentingan diri pangkat dan kepentingan politik perut.

Jelas apa yang dibuat oleh kerajaan Selangor dan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah satu "homework" demi untuk rakyat, yang mana rakyat didahulukan. Tidak seperti pemimpin umno politik perut dan ada wang masuk adalah keutamaannya. Dengan ini jelas negeri Johor tiru negeri Selangor. Terimakaseh Umno Johor dan Ghani Othman memberi reber air pada rakyat miskin.

To' Penghulu :  Syabas TSKI .Nyata apa yang kamu buat di Selangor memang hebat sampaikan negeri dibawah UBN pun terikut-ikut. Mana pula geng yang dulu bantah tindakan TSKI. Kalau UBN buat semuanya baik, kalau PR buat ada saja yang buruk di mata.